Ada kereta saja tidak cukup, sebab itu Buggati Veryon mengeluarkan koleksi jam tangan yang agak cool ini khas untuk pemilik kereta Buggati. Apa ? Untuk pemilik kereta saja ? Parmigiani Fleurier bertanggungjawab ke atas pengeluaran Bugatti Fauborg. Jam ni bukanlah yang paling mahal di dunia, tapi harganya mencecah $233,900. Design khas dengan sudut jam direka untuk memudahkan si pemakai melihat jam tanpa perlu memusingkan tangan setiap kali mahu melihat jam ketika memandu! Walaupun tidak cantik mana pun tetapi tetap cool bukan! Aku pkai G-SHOCK saja!
Sumber link
Friday, 27 January 2012
Lagu Yang Sangat Kontroversi Pernah Dikeluarkan
Lagu bukan sekadar himpunan kata-kata dan kombinasi instrumen untuk dinyanyikan oleh si penyampai lagu. Lagu juga mampu mempengaruhi seseorang yang mendengarnya. Pencipta lagu kadangkala menggunakan pengalaman pernah dilalui serta menggunakan ideolagi tersendiri bertujuan samada menghasilkan lagu untuk mempengaruhi masyarakat atau menghiburkan si pendengar. Aku pernah rasa nak mencipta lagu, tapi siapa pula nak nyanyi lagu aku? So, aku pun postpone la impian aku nombor 25 ini. Korang tahu tak ada beberapa lagu yang sangat kontroversi yang mungkin kita tidak pernah tahu. Mari bongkar beberapa buah lagu yang menjadi bualan hangat si pendengar.
1. "Louie Louie"
Sebutan kena betul ok. Lagu ini telah dikeluarkan pada tahun 1963 oleh Richard Berry dan dinyanyikan oleh The Kingsmen. Sebelum dipopularkan oleh band ini, ia merupakan salah satu lagu rock yang femes ketika itu kerana ramai artis membuat cover untuk lagu ini dan versi The Kingsmen adalah yang terbaik. Kumpulan ini telah menambah rentak lagu mereka sendiri iaitu 1-2-3, 1-2, 1-2-3 beat serta lirik yang tidak difahami.
Unintelligible lyric telah menjadikan The Kingsmen popular sehingga timbulnya kontroversi. Khabar angin mula tersebar tentang lirik yang digunakan adalah berkaitan seks dan penggunaan kata-kata kotor. Mereka menyampaikan lagu dengan tidak jelas untuk mengelak orang lain mengetahui maksud sebenar lagu itu. Rumors ini telah mendorong stesen radio untuk ban lagu ini dan diharamkan sendiri oleh Governor Matthew Welsh. Kontroversi telah menggelegak sehingga mencapai takat didih dimana anggota FBI dikerah untuk menyiasat lagu ini selama 31 months to decode its lyric. What? lama betul! Malangnya usaha FBI sia-sia kerana mereka tidak dapat mencari apa-apa maksud tersirat lagu ini. Gempak bukan lagu ni, but why FBI?
2. "Dear God"
Released on 1987 by XTC. Lagu Dear God ini juga menggunakan khidmat vokal Jasmin Veillete yang berusia lapan tahun. Lirik terkandung dalam lagu adalah ditujukan kepada tuhan dan menuduh tuhan yang menyebabkan manusia sengsara. Setiap rangkap lagu diakhiri dengan lirik "Aku tidak mempercayai Kamu" Penyanyi utama XTC mendapat inspirasi menulis lagu ini setelah menelaah beberapa buah buku yang mempunyai title yang sama berkaitan exploitasi kanak-kanak.
Lirik ini telah menyemarakkan api kemarahan golongan konservatif dalam masyarakat. Banyak record stores dan radio stations tidak mahu memainkan lagu ini khususnya di US. Satu stesen radio di Florida telah menerima ancaman bom kerana telah memainkan lagu ini. OMG! Seriously? Tetapi kontroversi yang paling hebat ialah apabila seorang remaja berusia 18 tahun, Gary Pullis meluru ke bilik pengetua dengan pisau mengarahkan supaya lagu itu dimainkan melalui sistem interkom. Ahhh! nak tuju lagu pun kena main pisau, parah ni !
3. "F**K Tha Police"
Tajuk pun da kontroversi, mari lihat pula isi lagunya. First released on 1988 dan lagu ini merupakan protest song by N.W.A (Niggaz With Attitude) merupakan gangster rap yang hardcore. Lagu ini menceritakan keganasan polis dan racism oleh polis orang putih ni terhadap black people. Lagu ini terhasil selepas insiden polis menyerang Rodney King dan rusuhan di Los Angeles pada tahun 1992. Lagu in tersenarai anda 500 lagu paling femes sepanjang zaman.
Here is where the controversy begins. Lirik lagu yang menaikkan kemaharan serta mampu mempengaruhi orang untuk melawan polis telah menyebabkan kumpulan ini telah di ban daripada membuat persembahan. Sementara itu, FBI dan US Secret Service telah menghantar surat kepada N.W.A's record label, Ruthless Record menyatakan bahawa mereka menyirap apabila mendengar lagu itu. Di Malaysia, polis kita adalah terbaik, so lagu-lagu seperti ini tidak perlulah wujud. Betul tak?
4. "Kim"
Lagu yang atas-atas ni memang aku tak pernah dengar lansung nama band dorang. Lagu yang satu ni aku kenal siapa penyanyi dia. Released on The Marshall Mathers LP on May 23, 2000 merupakan lagu yang dinyanyikan oleh Eminem. Kenal Eminem bukan? Durasi lagu selama enam minit ini penuh dengan kemarahan dan kebencian terhadap bekas isteri Eminem, Kim Mathers. Lagu ini mencontohi "When the Levee Breaks" oleh Led Zeppelin dan ditambah dengan bunyi piano. Kim memahami lagu yang disampaikan adalah situasi dimana Eminem menyeksa dan membunuh beliau selepas membunuh suami dan anak kecil beliau. Pada bahagian akhir lagu ini terdapat bunyi dimana Eminem mengelar leher Kim sambil berkata "Bleed, B*tch! Bleed" dan menarik tubuh mangsa ke kereta.
Lagu ini adalah sangat dibenci, dicerca dan juga merupakan lagu yang paling femes dalam sejarah lagu-lagu rap. Lagu ini dikondem oleh ahli politik serta keluarga kerana lirik yang tidak sesuai dan melibatkan keganasan institusi kekeluargaan. "Kim" juga di censored apabila dikeluarkan kerana lagu ini merujuk dan menggambarkan kepada pembunuhan budak lelaki berusia 4 tahun oleh Eminem. Eminem juga diheret ke mahkamah selepas percubaan Kim membunuh diri setelah menyaksikan persembahan lagu ini di Detroit pada tahun 2000. Lagu ni memang gila! Aku pun da gila! ok nak tido!
Sumber (link)
Thursday, 26 January 2012
Kilang Apple di China Ngeri !
Berdiri selama 24jam, jaring menghalang bunuh diri dan terdedah kepada bahan kimia serta letupan adalah situasi yang dihadapi oleh pekerja kilang Apple menghasilkan iPad ini. Pekerja kilang terbabit yang tidak memperoleh cuti, kerja overtime yang berlebihan sehingga kaki bengkak kerana berdiri terlalu lama dihadapi oleh kira-kira 120,000 pekerja. Seriously ini dah macam tahap kuli, bukan lagi pekerja. Sekurang-kurangnya 140 pekerja cedera 2 tahun lalu disebabkan bahan kimia bahaya yang digunakan untuk membersihkan permukaan skrin iPhone.
Dalam kes berlainan, 4 pekerja terbunuh dan 75 yang lain cedera akibat dua letupan yang berlaku tahun lalu. Kilang terbesar Apple di Calirfornia telah dimaklumkan tentang situasi bahaya di kilang Chengdu,China sebelum letupan berlaku. Nicholas Ashford dari Massachusetts Institute of Technology berkata; "jika Apple sudah diberi amaran dan tidak ada tindakan yang dilakukan, mereka patut dipersalahkan,"
Why dont they switch to another jobs? Disebabkan kepadatan populasi dan kesukaran untuk mencari perkerjaan, pekerja ini tidak ada banyak pilihan selain meneruskan pekerjaan untuk sesuap nasi. Terdapat beberapa banner yang digantung di kawasan kilang bertulis "Bekerja keras untuk kerja anda hari ini atau bekerja keras untuk mencari pekerjaan esok" dilihat mempengaruhi pekerja untuk terus bekerja walaupun situasinya agak keterlaluan.
Eksekutif Apple menegaskan bahawa mereka sudah mengeluarkan supplier code berkaitan buruh dan keselamatan tetapi masalah tetap timbul kerana hampir separuh pengedar Apple melanggar sekurang-kurangnya satu code yang telah ditetapkan.
Sementara itu, suicide nets yang pasang diluar kilang adalah untuk mengelakkan pekerja daripada membunuh diri kerana beberapa kes telah berlaku dimana seorang pekerja terjun daripada kilang itu setelah menghilangkan prototaip iPhone pada 2009 dan seramai 18 orang yang lain cuba untuk membunuh diri dalam masa dua tahun ini.
Dalam kes berlainan, 4 pekerja terbunuh dan 75 yang lain cedera akibat dua letupan yang berlaku tahun lalu. Kilang terbesar Apple di Calirfornia telah dimaklumkan tentang situasi bahaya di kilang Chengdu,China sebelum letupan berlaku. Nicholas Ashford dari Massachusetts Institute of Technology berkata; "jika Apple sudah diberi amaran dan tidak ada tindakan yang dilakukan, mereka patut dipersalahkan,"
Why dont they switch to another jobs? Disebabkan kepadatan populasi dan kesukaran untuk mencari perkerjaan, pekerja ini tidak ada banyak pilihan selain meneruskan pekerjaan untuk sesuap nasi. Terdapat beberapa banner yang digantung di kawasan kilang bertulis "Bekerja keras untuk kerja anda hari ini atau bekerja keras untuk mencari pekerjaan esok" dilihat mempengaruhi pekerja untuk terus bekerja walaupun situasinya agak keterlaluan.
Eksekutif Apple menegaskan bahawa mereka sudah mengeluarkan supplier code berkaitan buruh dan keselamatan tetapi masalah tetap timbul kerana hampir separuh pengedar Apple melanggar sekurang-kurangnya satu code yang telah ditetapkan.
Sementara itu, suicide nets yang pasang diluar kilang adalah untuk mengelakkan pekerja daripada membunuh diri kerana beberapa kes telah berlaku dimana seorang pekerja terjun daripada kilang itu setelah menghilangkan prototaip iPhone pada 2009 dan seramai 18 orang yang lain cuba untuk membunuh diri dalam masa dua tahun ini.
T-Shirt Yang Cool !
Majoriti orang kt dunia ni pernah pakai tshirt. Anda tahukan apa itu tshirt? Tshirt adalah baju yang buttonless, collarless, short sleeves and usually round neck. Tshirt yang tidak digunakan walaupun cantik tetapi kalau dah tidak suka, boleh dijadikan kain buruk dan membalut buah nangka. Apsal tak suka ? Mesti ada sebab? Sebab utama confirm design buruk, design lama, tak colourful. Anda perlu tahu bahawa tshirt yang bergambar adalah tidak sesuai dipakai ketika menunaikan solat. Sila tatap beberapa keping gambar tshirt yang mungkin membuatkan anda gatal tangan untuk mendapatkannya! Nasib baik aku pakai tshirt beli kt bundle ja. So what ? Haha
Hanya Makan McDonald Chicken Nugget Selama 15 Tahun!
Seorang remaja yang berusia 17 tahun, Stacey Irvine dikejarkan ke hospital setelah jatuh disebabkan kesukaran bernafas. Segalanya berpunca daripada tabiat Stacey yang gemar mengketedarah McDonald Chicken Nugget atau McNugget sejak berusia 2 tahun! Beliau tidak menjamah makanan lain seperti buah-buahan dan sayuran sehingga doktor memberi amaran bahawa tabiatnya itu boleh membunuhnya!
Bagaimana Stacey mula menjadi peminat tegar McNugget ini? Semuanya bermula ketika beliau berumur 2 tahun apabila ibunya membawanya ke salah satu McDonald's restaurant. Doktor mendapati urat lidah beliau bengkak dan Stacey juga menghidapi anaemia. Huh?
Stacey yang juga meminati hidangan di KFC berkata bahawa beliau baru menyedari bertapa buruknya kesan kepada tubuh badan akibat pengambilan lemak dan garam berlebihan yang boleh menyebabkan darah tinggi dan lemah sistem imunisasi. Setiap 6 keping nuggets mengandungi 280 kalori, 17g fat, 16g karbohidrat, 14g protin dan 600mg sodium. Sila tekan kalkulator sekarang dan bayangkan beliau makan setiap hari selama 15 tahun ! power dia ni !
Sumber Dailymail
Design Topi Keledar Yang Crazy !
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak meluluskan topi keledar jenis 'half cut' yang diminati oleh golongan muda ini. So, korang rasa topi apa yang korang boleh pakai supaya tidak ditahan jika berlaku pemeriksaan JPJ? Berani mencuba sesuatu yang baru ? Sila pilih helmet kegemaraan anda dibawah ini supaya and boleh bergaya dan menarik perhatian orang ramai ketika menunggang di jalan raya walaupun motor anda tidak 'matching' dengan topi. Hehe Kepada yang tidak menunggang motosikal, jangan segan untuk mengenakan helmet ini ketika memandu ! Kepada mat rempit pula,hmmm malas la nak cakap apa-apa sebab korang ada masa ka nak baca blog aku ni? huhu
Gambar Yang Menipu
Jangan percaya apa yang anda lihat. Betulkah? Gambar memang boleh memperdaya mata yang melihat. Apa yang dilihat mungkin 99% tidak sama dengan realiti. Kita sedia maklum bahawa software Photoshop yang terkenal selalu digunakan oleh kawan-kawan kita untuk mengedit gambar supaya nampak gojes nanti dalam album Facebook mereka. Aku tak nak cakap banyak, beberapa gambar kat bawah ni mampu memeningkan mata kita yang melihat. My eyes !!
Pisau, Pisau dan Pisau
Rumah manusia mana yang tidak ada pisau? Pisau adalah satu cutting tools yang wajib dimiliki setiap rumah. Banyak kegunaan pisau ni, tak payah la diceritakan lagi sebab semua dah sedia maklum kegunaan pisau ini. Sebenarnya banyak lagi pattern pisau yang menarik boleh didapati jika anda bosan dengan pattern sedia ada. Tapi bagi aku, asalkan pisau tajam sudah la. Mari lihat beberapa koleksi pisau yang mungkin ada belum pernah lihat ! You Dont Mess With Knife!
Diarah Pindah Kerana Tangisan Anak Sekuat Deruman Enjin Motosikal !
Ahhh again, weird news. Tim Richold, Nicola Baylis and their only two years old daugther, Skye diarah keluar selepas menerima banyak aduan daripada jiran tetangga yang tidak tahan dengan bunyi tangisan anak yang sangat kuat seperti bunyi enjin motosikal semasa dihidupkan. Mereka sudah mendapat notis tuntutan hak milik sewa di Lingmell Court, Warndon, Worcestershire yang menyatakan bahawa mereka dipaksa pindah bulan depan kecuali Skye tidak membuat bising lagi.
Nicola berkata, "Kami tidak sangka akan kehilangan tempat tinggal hanya kerana anak kami yang berusia dua tahun ini," dia juga menegaskan bahawa Skye suka menyanyi, ketawa dan bersembang tetapi sesekali beliau terpaksa menutup telinga kerana bunyinya sangat kuat. Beliau juga mengaku memang betul anaknya menangis sangat kuat tetapi ketawanya lebih kuat berbanding itu. Sila bayangkan berapa kuat bunyi anaknya ketika ketawa.
Keluarga ini berpindah ke tingkat pertama flat yang disewa dari Nexus Housing pada 2010 dan hanya seminggu selepas itu, mereka sudah menerima banyak komplen. Pada November lepas, mereka dipaksa untuk menandatangani "acceptable behavior contract" untuk mengawasi anak mereka.
Walaupun keluarga ini banyak menerima aduan, mereka juga ada alasan mereka sendiri. Mereka menyatakan dinding flat itu nipis sehingga boleh mendengar apa yang berlaku di sebelah rumah. So, siapa yang bersalah di dalam kes ni ? Btw budak yang nama hampir sama dengan 'Skype' ni comel juga kan !
Facebook Timeline is 'Mandatory'
Is this a good or bad news to facebook user? Dalam masa beberapa minggu lagi semua facebook user akan mempunyai timeline masing-masing. It is mandatory for all users. Oh!Why? I love the old concept much better than this new timeline feature. Walaupun Timeline telah dilancarkan tahun lalu, user masih diberi pilihan untuk menggunakannya atau stick to the old template. Timeline concept is more to 'tell your story' tetapi beberapa user mengkritik feature ini kerana ia melibatkan privacy dan juga feature ini akan reveal apa-apa gambar dan post yang mungkin anda mahu lupakan.
User mempunyai 7 days to decide which is the best photo, post, life event to be placed on this new feature. A quick tour will be available on user's homepage. Mark Zuckerberg berkata bahawa Timeline ini boleh mentransformasikan page user menjadi seperti majalah dengan single photo yang besar seakan-akan menjadi cover untuk majalah.Fail?
Terdapat beberapa kritikan pedas yang dilemparkan oleh beberapa commenters seperti, "Ini adalah masa dimana Facebook akan gagal," oleh giob dan ada yang menegaskan "Mark Zuckerberg memberitahu Timeline dapat menceritakan tentang kehidupan yang lepas dan sekarang dalam satu page, bagaimana jika saya tidak mahu?" tegas Me yang mendapat rating comment tertinggi. Apa korang punya opinion dengan Timeline ni? Bagi aku, Timeline ni agak mengganggu privacy, then nak loading page pun amik masa juga tetapi users still have option to switch to Twitter, Tagged, Myspace. Ha?Myspace? LOL!
Kasut Tumit Tinggi Yang Cool !
Women love high heels? Absolutely yes! Di bawah ini ada beberapa gambar kasut tumit tinggi yang telah dimodifikasikan dan direka mengikut kreativiti dan idea yang mencurah-curah ke ladang gandum. Kasut tumit tinggi selalunya dipakai pada majlis-majlis tertentu dan semestinya kasut ini dilarang sama sekali untuk dipakai dalam acara 100m lari berpagar olahraga. Mari lihat beberape koleksi kasut tumit tinggi yang mampu menambah sedikit ketinggian si pemakai. Hehe
Spy Camera Versi Jam Penggera
Anda ada jam penggera? Jam yang selalu memekak pada waktu pagi? Alarm Clock Camera bukan sekadar jam yang membantu anda bangun awal pagi malah anda mampu memanfaatkannya dengan merakam segala aktiviti yang ada ingin rakamkan dengan kapasiti 32 GB SD memory sudah cukup untuk anda berpuas hati bukan? For sure benda ni kita letak dalam bilik tidur. Nak rakam apa dalam bilik tidur? Tanya diri anda sendiri. Alarm Clock Camera ini mempunyai tetapan yang mana pengguna boleh memilih sama ada merakam secara manually, scheduled and on motion activation. Motion activation bermaksud jam ini hanya akan mula merakam jika ada pergerakkan berlaku untuk memberi penjimatan kapasiti memori.
Kamera tersembunyi ini tidak menghantar apa-apa wireless dan ini menjadikan jam penggera ini stabil serta segala macam rakaman yang telah direkodkan boleh dilihat melalui komputer dengan menggunakan Windows Media Player. Rakam apa dalam bilik tidur ha? Boleh merakam perompak, merakam hantu pocong, merakam orbs dan apa yang anda suka. Bagi yang sudah berkahwin, tidak perlulah membeli jam ini, ckuplah CCTV di luar rumah. LOL!
Berminat? Boleh dibeli di Spytechs
Girlfriend Yang Kejam!
Ian McNicholl, seorang businessman cedera teruk dibelasah oleh kekasihnya sendiri, Michelle Williamson yang mempunyai ketinggian 5 kaki 1 inci sehingga terpaksa menjalani cosmetic surgery untuk recover sebahagian mukanya yang dicederakan tanpa belas kasihan oleh kekasihnya.
Ian berasal dari Hull, mengalami keretakan pada bahagian tengkorak,hidung,tulang pipi,tulang rusuk,lengan terbakar disebabkan oleh seterika. Michelle juga pernah mencucuh rokok ke hidung Ian dan menjirus air dua cerek air panas ke Ian serta menggunakan pelbagai perkakas rumah seperti vakum untuk menghentak boyfriendnya. Wow!
Semuanya berlaku antara waktu perayaan Christmas dan New Year di mana Ian dituduh curang dan menjalinkan hubungan dengan kawan Michelle sendiri. Pada ketika itu kekasih Ian menumbuk beliau buat kali pertama hingga lebam matanya.Michelle juga tanpa rasa takut menunjuk kesan kecederaan itu kepada kawan-kawanya.Ian berkata. " Saya tidak boleh melarikan diri kerana keluarganya akan membunuh saya jika saya meninggalkannnya."
Sehari sebelum Michelle ditahan, beliau menempuhi 7 jam yang menakutkan apabila dipukul dengan metal bar dan hammer di beberapa bahagian badan. Seseorang yang tidak dikenali menghubungi polis sehingga tertangkapnya Michelle dan menjalani hukuman penjara 7 tahun. 7 tahun sahaja? Enough kah?
Walaupun Michelle sudah ditahan, beliau masih tidak berputus asa untuk menjalinkan hubungan baru. Ian berkata "Ia mungkin akan menjadi masalah jika bertemu seseorang yang tidak tahu apa yang pernah saya lalui dan saya juga tidak takut untuk menceritakan kisah disebalik kesan calar balar ditubuh dan muka ini," Menagapakah beliau tidak bertindak balas dengan perlakuan kekasihnya? Ian memberitahu bahawa beliau diajar untuk tidak mencederakan wanita dan dia tidak pernah sama sekali memukul kekasihnya itu.
Oh!dunia..dunia.. Kalau lelaki dah ok, yang girl pula buat hal. Sila berhati-hati memilih kekasih anda dan siasat terlebih dahulu family background walaupun anda seorang penyayang, situasi seperti ini boleh menyebabkan kematian! I love my girlfriend!
Tatu 3D Yang Mencolok Mata!
Ok, sebagai penganut agama Islam, mencacah tatu adalah haram sama sekali kerana beberapa sebab seperti tatu menghalang air daripada mengenai kulit especially ketika mengambil wuduk serta melaksanakan mandi wajib. Tatu ini agak menarik, walaupun menarik ia tidak semestinya perlu dimiliki bukan. Mari kita lihat dari sudut kreativiti mereka menghasilkan Tatu 3 dimensi ini yang mampu merterbeliakkan mata anda seketika. Bila aku boleh pandai melukis ha? Salah pensil yang tak power atau aku yang memang hanya pandai menghasilkan potret orang lidi saja? LOL!
Kasih Sayang Gajah
Ok, ini cerita yang sangat touching. Di Munich's Hellabrunn Zoo, sekumpulan gajah berkumpul untuk memberi penghormatan terakhir kepada seekor anak gajah yang mati akibat ruang arterinya tersumbat hingga menyebabkan darah tidak dapat mengalir ke paru-paru. Lola, yang berusia 3 bulan dikejarkan ke Grosshadern Clinic dan mati semasa preliminary scan dijalankan. Pihak zoo terbabit membuat keputusan untuk memulangkan semua Lola's lifeless body untuk memberi peluang kepada sekumpulan gajah terbabit melihatnya untuk kali terkahir.
Aku respect penjaga zoo ni sangat memahami! Gajah tersebut menggunakan belalainya, mengusap dan membelai Lola untuk kali terakhir, some of the elephants mengeluarkan bunyi menandakan mereka sedih dan meratapi permergian Lola. Gajah juga bersedih dan menangis! We must bear in mind that human is not the only creatures that posses those sad feeling.
Aku rindu kucing aku yang dah mati beberapa tahun lalu, kucing yang tak pernah lupakan tuannya. Mari tanamkan rasa kasih sayang terhadap binatang supaya cucu cicit kita dapat lihat secara live bagaimanakah rupa sebenar gajah walaupun pada 100 tahun nanti! lkJADJASaslkdasd;asd. Sorry, lap keyboard aku ni berair pulak. huhu
Cosplay Animasi Dragon Ball !
Pagi-pagi lagi aku dah duk depan TV. Mandi pun tidak, sarapan pun tidak, basuh muka pun tidak, ape pun tidak aku lakukan, yang aku tahu, aku nak tengok Dragon Ball karya Akira Toriyama. Aku tak nak miss satu episod pun, lantak la hari cuti aku bangun awal pun janji dapat tengok ini cerita. Teringin jugak aku nk jadi Goku, nak jugak aku beli costume dia mane tahu ade dijual kat pasar malam 3 helai RM10. Ini cerita masa aku sekolah rendah, masa aku ketagih ngan kartun ni. Oleh kerana ramai peminat cerita ni, dorang pun dreaming la nak jadi watak seperti dalam cerita ni, so mungkin disebabkan itulah terhasilnya cosplay ni. Mari enjoy cosplay Animasi Dragon Ball yang seakan-akan real! Sangat cool ok!
Cleaner Yang Kaya!
Keje cleaner saje? Boleh kaya ke? Agak2 dah nak pencen baru nampak perubahan kot? Ha, ni selalu aku dengar orang duk komen tentang satu jenis profession yang agak dipinggirkan di kalangan manusia ni. Sebab ape? Keje tak bagus kah? Gaji murah kot ? Korang percaya tak ade cleaner yang lebih kaya dari korang yang tak nak keje cleaner ni ? Walaupun seciput saja gajinya, lama lama kumpul, berat juga duitnya kan. Mari lihat ini video seorang cleaner mengambil upah cuci cermin kereta dan beliau ni homeless katanya, tapi yang sangat coolnya beliau ada sebijik kereta yang tentunya bukan kereta murah-murah lagi! LOL! kau ade?aku ade? haha
Terpaku Kepala!
Dante Autullo berasal dari Orland Park terkejut apabila melihat hasil X-Ray bahagian kepalanya terdapat sebatang paku 3 1/4 inci. Beliau yang membuat pemeriksaan tidak percaya dan bertanya kepada doktor terbabit, ''adakah ini satu gurauan wahai doktor?" LOL! Segalanya bermula ketika Dante sedang bertukang menggunakan nail gun for building a shed. Beliau pada suatu ketika menekan nail gun tersebut dan salah satu paku digunakan terpelanting ke arah kepalanya. Dante menganggap paku itu mengenai kepalanya dan jatuh ke lantai.
Beliau seperti biasa masuk tidur dan pada pagi esoknya Dante merasa loya dan beliau dengan rasa tidak sedap hatinya terus rushing ke medical center tersebut sebelum doctor memberitahu bahawa beliau bernasib baik kerana paku tersebut hanya beberapa milimiter sahaja daripada bahagian brain controlling motor function !! thumbs up kalau korang meraba2 kepala korang sekarang
Beliau seperti biasa masuk tidur dan pada pagi esoknya Dante merasa loya dan beliau dengan rasa tidak sedap hatinya terus rushing ke medical center tersebut sebelum doctor memberitahu bahawa beliau bernasib baik kerana paku tersebut hanya beberapa milimiter sahaja daripada bahagian brain controlling motor function !! thumbs up kalau korang meraba2 kepala korang sekarang
Escalator yang tak bosan!
Aku sangat sure selama korang hidup ni, korang selalu tengok escalator pusat beli belah yang sama pattern je! Pernahkah anda terpikir untuk ubah suai benda alah ni supaya enjoy sikit mata ni sementara nak move ke tingkat atas atau bawah dengan menaiki escalator ni. Ternyata ade juga orang yang gatal tangan serta naik muak dengan pattern escalator yang sama saje berkurun lamanya! So, this is what we call creativity! Be creative whenever you are! Escalator yang di colourfulkan ini sangat WIN!
Subscribe to:
Posts (Atom)