Pages

Thursday, 26 January 2012

Kilang Apple di China Ngeri !

Berdiri selama 24jam, jaring menghalang bunuh diri dan terdedah kepada bahan kimia serta letupan adalah situasi yang dihadapi oleh pekerja kilang Apple menghasilkan iPad ini. Pekerja kilang terbabit yang  tidak memperoleh cuti, kerja overtime yang berlebihan sehingga kaki bengkak kerana berdiri terlalu lama dihadapi oleh kira-kira 120,000 pekerja. Seriously ini dah macam tahap kuli, bukan lagi pekerja. Sekurang-kurangnya 140 pekerja cedera 2 tahun lalu disebabkan bahan kimia bahaya yang digunakan untuk membersihkan permukaan skrin iPhone.











Dalam kes berlainan, 4 pekerja terbunuh dan 75 yang lain cedera akibat dua letupan yang berlaku tahun lalu. Kilang terbesar Apple di Calirfornia telah dimaklumkan tentang situasi bahaya di kilang Chengdu,China sebelum letupan berlaku. Nicholas Ashford dari Massachusetts Institute of Technology berkata; "jika Apple sudah diberi amaran dan tidak ada tindakan yang dilakukan, mereka patut dipersalahkan,"






Why dont they switch to another jobs? Disebabkan kepadatan populasi dan kesukaran untuk mencari perkerjaan, pekerja ini tidak ada banyak pilihan selain meneruskan pekerjaan untuk sesuap nasi. Terdapat beberapa banner yang digantung di kawasan kilang bertulis "Bekerja keras untuk kerja anda hari ini atau bekerja keras untuk mencari pekerjaan esok" dilihat mempengaruhi pekerja untuk terus bekerja walaupun situasinya agak keterlaluan.









Eksekutif Apple menegaskan bahawa mereka sudah mengeluarkan supplier code berkaitan buruh dan keselamatan tetapi masalah tetap timbul kerana hampir separuh pengedar Apple melanggar sekurang-kurangnya satu code yang telah ditetapkan.


Sementara itu, suicide nets yang pasang diluar kilang adalah untuk mengelakkan pekerja daripada membunuh diri kerana beberapa kes telah berlaku dimana seorang pekerja terjun daripada kilang itu setelah menghilangkan prototaip iPhone pada 2009 dan seramai 18 orang yang lain cuba untuk membunuh diri dalam masa dua tahun ini.






Li Mingqi yang bekerja untuk Faxconn Technology yang mengendalikan kilang Chengdu sebelum berlaku letupan ingin menyaman Foxconn dan dia juga berkata, "Apple tidak pernah fikir perkara lain kecuali bagaimana untuk meningkatkan kualiti dan menurunkan kos pengeluaran dan kebajikan pekerja tidak ada kena mengena dengan apa yang mereka mahukan,"


Mendiang Steve Jobs pernah menyatakan bahawa dua tahun lalu, Apple adalah worlwide leader dalam "memahami situasi pekerjaaan dalam operasi pengeluaran" dan mendiang pernah berkata bahawa tiada perubahan dilihat walaupun beberapa kilang Apple telah dilengkapi restoran, panggung wayang, kolam renang dan hospital. Wow! Boleh tergugat Mid Valley. 


Sekali lagi kita patut bersyukur kerana di Malaysia belum ada lagi berlaku kes seperti ini. Walaupun berlaku di China, orang yang suka mengambil kesempatan ke atas orang lain itu ada di mana-mana. Jika anda tidak mahu kerja kilang, sila invent iComputer, iPrinter, iPencil dan iLoveYou pula supaya orang lain yang akan bekerja untuk kilang anda. LOL!


Sumber Dailymail

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...