Pages

Thursday, 26 January 2012

Diarah Pindah Kerana Tangisan Anak Sekuat Deruman Enjin Motosikal !





Ahhh again, weird news. Tim Richold, Nicola Baylis and their only two years old daugther, Skye diarah keluar selepas menerima banyak aduan daripada jiran tetangga yang tidak tahan dengan bunyi tangisan anak yang sangat kuat seperti bunyi enjin motosikal semasa dihidupkan. Mereka sudah mendapat notis tuntutan hak milik sewa di Lingmell Court, Warndon, Worcestershire yang menyatakan bahawa mereka dipaksa pindah bulan depan kecuali Skye tidak membuat bising lagi.


Nicola berkata, "Kami tidak sangka akan kehilangan tempat tinggal hanya kerana anak kami yang berusia dua tahun ini," dia juga menegaskan bahawa Skye suka menyanyi, ketawa dan bersembang tetapi sesekali beliau terpaksa menutup telinga kerana bunyinya sangat kuat. Beliau juga mengaku memang betul anaknya menangis sangat kuat tetapi ketawanya lebih kuat berbanding itu. Sila bayangkan berapa kuat bunyi anaknya ketika ketawa.


Keluarga ini berpindah ke tingkat pertama flat yang disewa dari Nexus Housing pada 2010 dan hanya seminggu selepas itu, mereka sudah menerima banyak komplen. Pada November lepas, mereka dipaksa untuk menandatangani "acceptable behavior contract" untuk mengawasi anak mereka.


Walaupun keluarga ini banyak menerima aduan, mereka juga ada alasan mereka sendiri. Mereka menyatakan dinding flat itu nipis sehingga boleh mendengar apa yang berlaku di sebelah rumah. So, siapa yang bersalah di dalam kes ni ? Btw budak yang nama hampir sama dengan 'Skype' ni comel juga kan !









Sumber Dailymail

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...