Pages

Thursday, 26 January 2012

Hanya Makan McDonald Chicken Nugget Selama 15 Tahun!



Seorang remaja yang berusia 17 tahun, Stacey Irvine dikejarkan ke hospital setelah jatuh disebabkan kesukaran bernafas. Segalanya berpunca daripada tabiat Stacey yang gemar mengketedarah McDonald Chicken Nugget atau McNugget sejak berusia 2 tahun! Beliau tidak menjamah makanan lain seperti buah-buahan dan sayuran sehingga doktor memberi amaran bahawa tabiatnya itu boleh membunuhnya!



Bagaimana Stacey mula menjadi peminat tegar McNugget ini? Semuanya bermula ketika beliau berumur 2 tahun apabila ibunya membawanya ke salah satu McDonald's restaurant. Doktor mendapati urat lidah beliau bengkak dan Stacey juga menghidapi anaemia. Huh?


Stacey yang juga meminati hidangan di KFC berkata bahawa beliau baru menyedari bertapa buruknya kesan kepada tubuh badan akibat pengambilan lemak dan garam berlebihan yang boleh menyebabkan darah tinggi dan lemah sistem imunisasi. Setiap 6 keping nuggets mengandungi 280 kalori, 17g fat, 16g karbohidrat, 14g protin dan 600mg sodium. Sila tekan kalkulator sekarang dan bayangkan beliau makan setiap hari selama 15 tahun ! power dia ni !







Walaubagaimanapun, Stacey mempunyai masalah lain yang merunsingkan kepalanya kerana beliau tidak mempunyai tempat untuk menyimpan massive amount of  free toys from McDonald and KFC kerana jumlah yang ada sekarang bersamaan dengan empat beg plastik sampah. What!!?? Kepada keluarga di luar sana, jangan manjakan anak-anak anda dengan makanan yang tidak sihat ye. Sila beli Kismis Doa supaya cerdik minda anak-anak. Hehe Gojes jugak Stacey ni walaupun tak makan sayur-sayuran dan buah-buahan. LOL !!




  Sumber Dailymail

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...